Thursday, December 30, 2010

Aku ke'bujang'an sendirian....


Assalamualaikum.... wazzup!!!

well, aku faham tajuk post aku ni cam orang yang bersedey je... emo pun ada. Tapi aku sbnrnya takdelah berada dlm situasi cm tu sgt, hanya satu tambahan emosi pada perasaan gembira aku atas perkahwinan kawan-kawan aku baru-baru ni.

CONGRATS TO ALL NEWLYWEDS!!! MOGA BERBAHAGIA HINGGA KE SYURGA HENDAKNYA... credit to my friend, Izzati with her husband Safuan and also to my housemate a.k.a teman berjoli, Asliza and her hubby Faqeh.

Seronok tengok orang kahwin ni.. Alhamdulillah, satu baitul muslim terbina lagi. Moga anak-anak yang dilahirkan dari keluarga ini menjadi generasi Mukmin yang sejati. Amiiinnn.
Teringat bila duduk ngan kawan-kawan yang masih bujang lagi...huhuhuhu. Masing-masing berkata "Siapa pula lepas ni ye... Mesti kau, kau atau kau". Ala-ala ayat gitulah yang akan terpacul dari mulut masing-masing. Walaupun kadang-kadang yang bercakap itu sudah sedia ada calonnya. Nak bagi sedap hati orang yang 'pure single' lah katakan. Whateva....

Well, btw korang faham ke istilah 'pure single' aku tu? Kalau korang tanya status seseorang, selalunya dia kan jawab sama ada single, engaged dan married.. Ok, apa yang aku cakap ni berdasarkan pengalaman 22 tahun hidup ye... Sebarang perkara yang bertentangan daripada apa yang aku cakapkan ini membawa maksud tak semua orang begitu...ok?

ada certain orang yang bila ditanya status, dia menjawab single...pasti ada dua kemungkinan. Pertama: pure single, memang takde teman lelaki atau pacaran dan ape-ape gelaran sekalipun.
Kedua: Single....hehehehe. Kalau ko dgr orang tu cakap single lepas terkekeh-kekeh atau tersengih-sengih kemudiannya, pasti ada something. Dah ada tapi tak nak mengaku...huhuhu

Ok2x...cukuplah dengan teori yang entah pape tu.. Perkahwinan adalah satu 'langkah' yang besar dalam kehidupan kita. What i mean is... Langkah itu akan membawa kita ke satu fasa kehidupan yang berbeza. Bagi lelaki, tanggungjawab semakin berat. Sebagai suami dan ayah yang akan memimpin satu keluarga kearah yang diredhaiNya atau sebaliknya. Ditambah pula dengan tanggungjawab sebagai anak kepada kedua ibu bapanya yang tidak akan selesai sehingga akhir hayatnya. Bagi perempuan, kita akan terlepas daripada tanggungjawab ayah. Kita bina tanggungjawab sendiri ke atas suami dan anak-anak. Mendidik anak kearah mukmin sejati atau pelupa diri yang berhibur saja pagi petang siang malam. Itu tak bercakap lagi mehnah tribulasi (pergh...) dalam alam rumahtangga. Bergaduh pasti ada punya tapi perlu tahu jalan penyelesainnya.

Entahlah wei.... Aku pun tak tahulah. Aku tak boleh cakap banyak sebab aku tak pernah berpengalaman lagi dalam bab kahwin ni. Cuma apabila aku ditanya "Ko, bila lagi?"
Aku selalu menjawab " Xde orang lagi", dan bukan totally aku bermaksud demikian. Ia juga kerana aku rasa diri aku masih tidak bersedia dari pelbagai sudut termasuk emosi dan mental. Dan jika kita mahu berbicara tentang adakah kita sudah bersedia ataupun tidak... ia takkan membawa kita kemana-mana. Tiada siapa yang boleh tahu dia sudah bersedia atau tidak. Right?!

Oklah... cukup-cukup bercerita pasal perkara yang tak pasti lagi.
Chow! Wassalam...

Wednesday, December 22, 2010

Alhamdulillah...

Assalamualaikum sumer...

Dah lama tak update blog. well, biasalah.... by the way, aku baru je habis exam 10/12 hari tu. then terus sambung dengan paper projek pula. Banyak nak kena arrange interview. Nak dapatkan maklumat untuk thesis punya pasal. Tapi susah-susah pun aku tak nafikan banyak yang kitorang belajar waktu deal dengan orang yang kita nak interview.

Buat masa skang aku baru je dapat interview dengan pengarah IPPH,UPM, Prof Yaakob. Memang seronok dan layanan yang diberikan pun sangat bagus. Kesian jugalah dengan prof sebab waktu kitaorang datang tu dia tak habis lagi meeting. Tapi dia keluar jugak dari meeting tu sekejap untuk jumpa dgn kitorang. Lepas tu dia past ke pegawai sains dan makmal pula. so,dapatlah jugak aku tengok mesin tu. ALHAMDULILLAH... Allah permudahkan segalanya. Dan Prof pun memang terbuka untuk aku bertanya soalan kepadanya melalui email. Bagus giler...

Aku pun tak lepas peluang ikut kawan-kawan aku gi interview jabatan mufti selangor. Kakitangan dia bapak gila sempoi dan sangat mesra. siap ajak kitorang minum pagi skali. walaupun tajuk kitorang berbeza tapi why not, at least kita dapat sedikit ilmu pengetahuan yang luar dari bidang kita and i think it's very fun. Alhamdulillah, pegawai yang diinterview oleh one of my friend pernah berkerja dengan HDC and right now dengan mufti pula. so, that is my advantage that i've got. Aku try tanya ustaz tu dan dia pun nampak macam berminat dan berpengetahuan lebih dalam tajuk aku. so, dia mintak aku buat surat dan kalau MAHU... buatlah untuk pemerhatian kepada dia. ALHAMDULILLAH...

Skang ni tggal untuk arrange interview dengan pihak jabatan kimia dan mufti selangor sahaja. Buat surat lagi....huhuhuhu.. InsyaAllah dengan JAIS pada 28 haribulan nnti dan JAKIM masih belum dapat jawapan lagi. Hopefully semuanya berjalan lancar....InsyaALLAH.

and another thing... aku baru je tengok result exam hari tu. Tapi untuk subjek sains sahaja la.. ALHAMDULILLAH....memang tak jangka dapat result camtu. Aku bajet ada subjek yang fail or something like that tapi ok laaa.... Takdelah semua dapat A. Ada dapat C- tapi better dari jangkaan aku yang rasa aku mungkin dapat F. BTW, kena check balik pointer and then decide sama ada nak extend ke tak nak... extend pun mungkin just nak baiki markah .

Setiap yang kita alami, bukan sahaja ketika senang malah ketika susah kita patutnya tidak lupa untuk ucapkan ALHAMDULILLAH... Jangan kita sangka masa-masa buruk itu adalah perkara yang tidak elok bagi kita sebab mungkin ia lebih berguna dan bermanfaat untuk kita pada masa akan datang. Bukakan minda and don't give up !!

Wassalam...^_^