Assalamualaikum...what's up everyone!
Macam biasalah...hari-hari aku berlalu dengan rutin harian yang sama je. Tapi satu hari mak amik cuti pastu ajak aku pi kelas pastry secara personal dengan Ida Bakery (klik di sini).
Mula-mula tu macam takut-takut la gak kan. Yelah...kita tak terer mana pun bab-bab baking ni kan. Lagipun memang dah lama teringin nak gi kelas pastry tapi asyik risau pikir pasal duit je. Mak tak risau pape pun. Kita jer sorang-sorang mengenang nasib badan tak berduit...hahahaha.(mak, gurau jer..)
Kitorang amik kelas fruit basket pastry. Dalam kelas ni kitorang wat bakul (basket)dari doh pastry dan jugak buat tart nenas dalam pelbagai bentuk buah untuk diisi kat dalam bakul tu. So, banyak la teknik yang perlu diambil berat terutama yang bakul tu. Nasib baik dalam kelas tu kitorang guna mesin pengadun doh kalau tak....... masak la nak menguli-uli doh tu.
Dan sebenarnya takdelah semestinya kita kena buat tart nenas bentuk buah2 tu jer untuk diletakkan kat dalam bakul tu...ikut kreativiti kitalah. Nak letak muffin, chocolate, macaroon, bahulu....apa-apa jelah..pun boleh sumbat kat dalam tu.

yang ni tart nenas yang kitorang bentuk-bentukkan macam buah

yang ni bakul yang aku buat dengan pastry doh.

yang ni mak buat

DONE!! \(^_^)/ yeay!
5 comments:
bakul dgn buah tue boleh makan ke ?ke hiasan?
bakul nagn buah tu boleh makan. tapi untuk yang bakul tu, sebenarnya tak rasa pape sebab kita buat dari doh tepung yang kosong jer. takde guna gula. pastu jangan makan kat area bunga-bunga tu sebab kitorang tampal guna gam lilin.
sifu ida cakap, orang selalu tempah ni untuk buat hantaran kahwin. abang aku pun nak kahwin nnti so tu yang aku kena prepare tu..hahahaha
sb aku tengok tangkai bakul tue cam roti je..nampak sodap...baguih2x...nti aku boleh tempah kat hg...dapatla diskaun "banyak":P
boleh2.. awat? hang nak kahwin dah ke???hehehehe..
wwwwwaaaaaaaaaaahhhhhhhh..........^____^
Post a Comment