Friday, November 11, 2011

Kehidupan is unpredictable


Assalamualaikum sumer...


sempoi lagi haru


dapat sijil dari pihak urusetia

Saya baru saja selesai menjalani kursus pengurusan dan operasi halal bermula 31 Oktober hari tu dan akan berakhir pada sabtu lepas. Even kursus ni taklah sehebat kursus eksekutif halal di luar sana, tapi saya bersyukur sebab banyak pengalaman baru yang dapat saya timba.

Tapi macam mana aku boleh terfikir nak sambung dalam bidang ni? Mungkin ramai tahu pasal ni yang dulu aku pernah membuat kajian mengenai bidang halal untuk tesis final year saya. Walaupun saya mengharapkan kajian saya itu lebih kepada scientific research tapi tak dapat saya nafikan saya perlu memasukkan sekali perbincangan mengenai realiti pengurusan dan operasi halal di Malaysia. Dengan tiada pengetahuan dan cuma bergantung kepada pembacaan sahaja, semua itu tidaklah dapat membantu saya dalam menyiapkan tesis seperti yang saya jangkakan.

Dan actually aku tak pernah terfikir nak sambung dalam bidang ni sebenarnya. Aku lebih prefer untuk menyambung pelajaran dalam bidang yang aku minati seperti sejarah dan falsafah. Tapi mengikut survey yang aku buat mostly untuk sambung belajar dlm bidang berkenaan memerlukan requirement tertentu dan bukan tu jer... aku juga agak demand dengan institusi yang aku nak pergi. UM??? Hmm.....


time viva FYP dolu2~~


so, alang-alang aku mencari peluang-peluang lain untuk sambung belajar, aku terjumpalah dengan program ni. Lama jugak la nak pikir. Tapi aku rasa kalau aku sambung dalam bidang ni pun best gak sebab aku pun ada sikit pengetahuan dari kajian yang aku buat sebelum ni. Lagipun bidang ni semakin berkembang dan isu-isu yang berkaitan dengan bidang ni pun semakin bertambah dan mencabar. So, perancangan terkini ialah untuk menyambung pelajaran di IPPH.

Dan ade juga sesetengah kawan yang tanya, how's ur bakery? Ade perkembangan ke?
Bisnes tidak menjadi priority utama tapi boleh jadi sambilan. Dan mmg saya teringin nak buka kedai kek tapi bnyk kekurangan dari sudut skills, ilmu bisnes2 and pulus la terutamanya. semuanya tak stabil lagi tapi tak salah kita nak merancang.

Tapi to be honest.... saya ade juga perasaan rendah diri, cam rasa loser la skit. yelah tengok kawan2 yang dah start sambung belajar, ade juga yang dah keje. Tapi saya bukan mereka. Kalau saya juga rushing untuk mendapatkan benda yang saya tak mahu kerana saya mahu jadi seperti mereka.....so,what's the point??? Tiada langsung value 'me' / 'saya' dalam keadaan tersebut.

And you know what?? tak kisah la korang rancang nak jadi ape, buatlah untuk dapat keredhaanNya. Sebab rata-rata yang saya lihat kawan yang sudah bekerja, masing2 post kat facebook kate tuang keje lah, malas nak buat keje lah... somehow saya tertanya2 kenapa orang sibuk nak cari kerja tapi bila dah dapat kerja tak nak komited pula?? There must be something wrong, right? tak citer lagi macam mana dengan rezeki yang terhasil dari cara kita bekerja macam tu?Right??

Dan saya bersyukur saya dapat masuk ke kursus ni sebab bukan saja dapat banyak pengetahuan walaupun tak seberapa tapi saya bertemu dengan insan-insan yang kini menjadi sahabat. Walaupun cuma 2 minggu kami bersama tapi keakraban dan kebersamaan tu rasa cukup enak nikmatnya. Dan kadang2 tiada kata yang kita mampu ungkap untuk gambarkan kenikmatan bersahabat dengan insan2 seperti ini. Alhamdulillah..

Lastly, Ingatlah.... Allah lebih tahu ape yang terbaik untuk kita. Yakinlah!


menggigil kot.. nak wat cmne kan, muka ganas hati cute~~


hasil sembelihan....


with nadrah and biznes-woman wannabe, anytha...


gila la time memproses ni.... lame kot. muka happy time ade kamera jer...hahaha


ngan masterchef2....ngeh3~~


nilah geng mandi, tido dan makan bersama...hahaha


sambut besday zati, 11/11/11


ngan wani, my roomate and also a cat lover~~
(just wondering...nape aku selalu dikelilingi oleh cat lovers???)


5 comments:

Xiet_Enigma said...

Wow, this is wonderful! mcm menarik la!

n@7!h4h said...

mmg menarik la...banyak benda dapat belajar. Tapi tulah, ni pun mcm kursus untuk pendedahan jer. kalau betul-betul serius dalam bidang ni better masuk kursus eksekutif halal kat melaka utk 6 bulan.

keluar dari sana sure laku la sbb start tahun depan setiap syarikat pemegang sijil halal mmg kena ade eksekutif halal/internal halal community/panel halal dari luar untuk pantau pematuhan pensjilan halal. keje macam QA/QC gak la..

Mohd khairul anuar said...

wah.. seronoknya.. ada wt lagi ke kursus gini?

n@7!h4h said...

untuk kursus halal x sure la kalau diorang ade nak buat untuk sesi kedua atau tak. tapi kau bleh tengok kat laman web RKSS, perangsangselangor.com ...tengok bawah event and click kat RKSS.

try la tengok,sebab banyak kursus lain yang diorang tawarkan. aku ni pun daftar last minute, itupun sbb tahu dari syiera. waktu pelancaran program ni pun aku dengar tak ramai siswazah selangor pun yang ramai dari negeri lain. kurang promosi kot.

btw, if u really interested on halal eksekutif program, ko bleh tanya aimi fathonah or maisarah sebab diorang skang tgh on halal training kat melaka for 6 month.

Catmen said...

sesi kedua Sijil Pengurusan dan Operasi Halal akan diadakan pada 16 Januari 2012. bagi sesiapa yang berminat boleh hubungi Johan di nombor 019-9595790. Makanan/tempat tinggal/latihan praktikal disediakan. Sekian ~

-Johan

Post a Comment